Prophet Sall-Allahu alaihi wa sallam said:
"All of you are shepherds, and each one is responsible for his flock.
A leader of people is a shepherd over this family, and he is responsible for his flock.
A woman is like a shepherd over her husband's house and children, and she is responsible for them.
And a slave is a guardian of his master's property and is responsible for it.
So all of you are guardians and are responsible for your charges." Al- Bukhari and Muslim.

Saturday, February 4, 2012

Maulidur Rasul

Hadhrat Munib Azdi RadhiAllahuanhu berkata bahawa:
Aku pernah melihat Rasulullah SAW pada zaman Jahiliyah bilamana Baginda bersabda
"Wahai manusia! Katakanlah 'La Ilaha Illallah', kamu akan berjaya." 


Aku melihat orang ramai; di antara mereka ada yang meludahi wajah Baginda, ada yang menabur tanah di atas Baginda dan ada pula yang memaki Baginda. (Keadaan begini berterusan) hingga berlalu setengah hari. Kemudian telah datang seorang budak perempuan kecil membawa satu mangkuk air dan dengan air itu Baginda telah membasuh muka dan kedua-dua tangan Baginda dan Baginda telah bersabda
"Wahai anakku! Jangan khuatirkan bahawa bapamu tiba-tiba akan dibunuh dan jangan takutkan apa-apa kehinaan"


Aku telah bertanya bertanya, "siapakah budak ini?" Orang ramai telah menjawab bahawa dia adalah puteri Baginda, Hadhrat Zainab R.anha. Beliau adalah seorang budak perempuan yang cantik.


(Hadith Riwayat Tabarani Majmauz Zawaaid)


MasyaAllah, betapa besar pengorbanan Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama Allah SWT. Semua pengorbanan ini adalah untuk umat-umatnya. That's including us.

No comments: