Prophet Sall-Allahu alaihi wa sallam said:
"All of you are shepherds, and each one is responsible for his flock.
A leader of people is a shepherd over this family, and he is responsible for his flock.
A woman is like a shepherd over her husband's house and children, and she is responsible for them.
And a slave is a guardian of his master's property and is responsible for it.
So all of you are guardians and are responsible for your charges." Al- Bukhari and Muslim.

Monday, February 13, 2012

Ikhlas Niat

Dari Ibnu 'Abbas R.huma:


Rasulullah SAW telah bersabda;
"Sesiapa yang menyukakan manusia dengan memurkakan Allah SWT, maka Allah SWT murka terhadapnya dan Allah SWT akan menjadikan orang-orang yang telah disukakannya dengan memurkakan Allah SWT itu juga murka terhadapnya."


"Dan sesiapa yang telah menyukakan Allah SWT dan menyebabkan manusia murka, maka Allah SWT akan menyukakannya dan Allah SWT akan menyukakan juga orang-orang yang telah dia murkakannya kerana menyukakan Allah SWT. Sehingga Allah SWT akan memperelokkan dirinya pada pandangan orang-orang yang marah itu dan Allah SWT akan mencantikkan kata-kata dan perbuatan dirinya pada pandangan orang ramai."


(Hadith Riwayat Tabrani & Majma Uz Zawaid)

Friday, February 10, 2012

Hindarkan Sifat Riya'

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang mencari dunia untuk berbangga-bangga ke atas orang lain, untuk menjadi kaya


atau untuk mendapat nama - walaupun dengan cara yang halal - dia akan bertemu Allah 


SWT, dalam keadaan Allah SWT akan sangat murka terhadapnya."



"Dan sesiapa yang mencari dunia dengan cara yang halal bertujuan supaya dia tidak perlu



meminta-minta kepada orang lain, untuk mencari rezeki kepada ahli keluarga dan supaya dia 


mampu melakukan kebajikan kepada jiran tetangga, maka pada hari kiamat dia akan bertemu 


Allah SWT dalam keadaan wajahnya bercahaya seperti bulan purnama." 


(HR Baihaqi)

Saturday, February 4, 2012

Maulidur Rasul

Hadhrat Munib Azdi RadhiAllahuanhu berkata bahawa:
Aku pernah melihat Rasulullah SAW pada zaman Jahiliyah bilamana Baginda bersabda
"Wahai manusia! Katakanlah 'La Ilaha Illallah', kamu akan berjaya." 


Aku melihat orang ramai; di antara mereka ada yang meludahi wajah Baginda, ada yang menabur tanah di atas Baginda dan ada pula yang memaki Baginda. (Keadaan begini berterusan) hingga berlalu setengah hari. Kemudian telah datang seorang budak perempuan kecil membawa satu mangkuk air dan dengan air itu Baginda telah membasuh muka dan kedua-dua tangan Baginda dan Baginda telah bersabda
"Wahai anakku! Jangan khuatirkan bahawa bapamu tiba-tiba akan dibunuh dan jangan takutkan apa-apa kehinaan"


Aku telah bertanya bertanya, "siapakah budak ini?" Orang ramai telah menjawab bahawa dia adalah puteri Baginda, Hadhrat Zainab R.anha. Beliau adalah seorang budak perempuan yang cantik.


(Hadith Riwayat Tabarani Majmauz Zawaaid)


MasyaAllah, betapa besar pengorbanan Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama Allah SWT. Semua pengorbanan ini adalah untuk umat-umatnya. That's including us.

Wednesday, February 1, 2012

Para Isteri Rasulullah SAW - 1

Hazrat Khadijah  Radhiallahuanha

Hazrat Khadijah R.anha, merupakan seorang janda. Beliau merupakan wanita pertama yang telah dinikahi oleh Baginda SAW. Umur Baginda SAW ketika itu ialah 25 tahun dan Hazrat Khadijah pula berumur 40 tahun. Semua putera & puteri Rasulullah SAW merupakan hasil daripada perkongsian hidup dengan Hazrat Khadijah kecuali Hazrat Ibrahim Radhiallahuanhu.

Setelah berkahwin beliau terus hidup bersama Nabi SAW selama 25 tahun. Beliau telah meninggal dunia pada bulan Ramadhan 3 tahun sebelum hijrah ketika berusia 65 tahun. Baginda SAW amat mencintai beliau dan Baginda SAW tidak bernikah dengan mana-mana wanita lain semasa Hazrat Khadijah masih hidup.

Sejak sebelum Islam lagi Hazrat Khadijah dikenali dengan gelaran "Tohirah" yang bermaksud wanita yang suci. Kelebihan-kelebihan beliau banyak didapati dalam kitab-kitab hadith. Sewaktu beliau meninggal dunia, Baginda SAW sendiri yang turun ke dalam kubur untuk mengebumikan beliau.

Selepas kematian Hazrat Khadijah, pada tahun yang sama pada bulan Syawal, Rasulullah SAW telah mengahwini Hazrat 'Aisyah Radhiallahuanha dan Hazrat Saudah Radhiallahuanha.

Among her sacrifice & service for Islam:

1. When the Prophet used to go to meditate in the cave of Hira on Jabel-e-Noor, it was Hazrat Khadija(SA) herself who would climb up there to give him his food and necesseries. She was the first person to accept Islam as taught by the Prophet PBUH


2. In 616 AD, the Quraish isolated the Bani Hashim (the family of the Prophet) and they took refuge in a ravine called Shib-e-Abu Talib. Hazrat Khadija(SA) was there too and it was her wealth (which she donated for Islam) that sustained the Muslims at that time. The siege lasted for 3 years during which time they experienced hunger, thirst, and the cold and heat of the desert.


3. When she died nothing was left of her wealth - all of it was served for the propagation of Islam.